Tiga lagu, tiga suara, satu misi: runut bunyi yang menyatu jiwa dalam Ejen Ali The Movie 2

Blitzenius
0
Filem animasi tempatan paling dinanti tahun ini, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), kembali ke layar perak dengan naratif yang lebih matang, visual yang memukau, serta elemen muzik yang mengangkat emosi ke tahap luar biasa. Dalam kesinambungan kisah penuh aksi dan nilai kemanusiaan ini, kekuatan runut bunyi menjadi tunjang utama yang menyempurnakan pengalaman sinematik penonton.

Menariknya, kali ini penonton dihidangkan dengan tiga buah lagu tema istimewa hasil kolaborasi tiga nama besar dari Malaysia dan Indonesia—Dato’ M. Nasir, Nidji, dan Hael Husaini. Setiap lagu mewakili sisi penting penceritaan dan menyuntik dimensi baharu kepada dunia Ejen Ali.


Tiga lagu ini bukan sekadar iringan latar, tetapi denyut nadi kepada penceritaan Ejen Ali. Gabungan melodi dan mesej yang dibawakan bukan sahaja memperkukuh emosi penonton,L malah menyampaikan mesej tentang kekuatan diri, nilai persahabatan, dan keberanian menghadapi cabaran.


Dengan kolaborasi merentas sempadan dan barisan artis ternama, Ejen Ali The Movie 2 bukan hanya sebuah filem animasi—ia adalah pengalaman sinematik menyeluruh yang membangkitkan rasa bangga terhadap naskhah tempatan yang bertaraf antarabangsa.

Ejen Ali The Movie 2 di pawagam 22 Mei 2025 dengan tayangan awal mulai 18 Mei 2025.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)