Keluang Man himpunkan wargakota Kuala Lumpur dengan larian adiwira pertama Malaysia

Blitzenius
0
Lebih 7,000 peminat menyertai Keluang Man x WONDA Fun Run, acara larian bertemakan adiwira tempatan pertama di negara ini. Dianjurkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd bersama Etika dan DBKL sempena program Car Free Morning, larian sejauh 5km ini berlangsung di sekitar Menara DBKL.


Acara ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga meraikan kehadiran filem Keluang Man yang bakal ditayangkan pada 29 Mei 2025. Peserta tampil dengan pelbagai kostum kreatif, dan acara turut dimeriahkan oleh pelakon-pelakon filem, persembahan artis seperti Krisya dan S.O.G., sesi bergambar, cabutan bertuah, serta aktiviti interaktif di reruai khas.

Wonda Coffee Malaysia melalui kolaborasi ini terus menyemarakkan semangat kebanggaan rakyat Malaysia terhadap ikon tempatan. Dengan jualan melebihi dua juta tin edisi khas dan promosi eksklusif seperti Wonda-ful Keluang Man Burger, kempen ini menghubungkan nostalgia, budaya dan komuniti secara langsung.

Filem Keluang Man diterbitkan oleh Astro Shaw bersama GSC, Idea River Run, Pasal Productions dan rakan strategik Wonda Coffee. Jangan lepaskan peluang menonton filem Keluang Man di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.



Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)