Poster Terbaru Zootopia 2

Blitzenius
0
Zootopia 2 bakal menemui penonton di pawagam bermula 6 November 2025, merupakan kesinambungan kepada karya animasi popular terbitan Walt Disney Animation Studios yang telah mencetuskan fenomena global pada tahun 2016. Kali ini, ia diarahkan oleh Jared Bush dan Byron Howard, dengan skrip ditulis oleh Bush sendiri serta diterbitkan oleh Yvett Merino.


Dalam sekuel ini, penonton akan dibawa semula ke bandar Zootopia bersama dua watak utama yang tidak asing lagi: Judy Hopps, arnab polis yang cekal, dan Nick Wilde, musang licik yang kini turut berkhidmat dalam pasukan keselamatan. Mereka berganding bahu untuk menyelesaikan satu kes terbaru yang bukan sahaja lebih rumit, tetapi juga mengancam keselamatan bandar dan hubungan antara spesis.

Menampilkan pelakon suara asal iaitu Ginnifer Goodwin sebagai Judy, Jason Bateman sebagai Nick, serta Shakira sebagai Gazelle. Menariknya, filem ini turut menampilkan pelakon suara baru seperti Ke Huy Quan, Fortune Feimster dan Quinta Brunson.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)