Sejak kemunculan watak Stitch menerusi filem animasi Lilo & Stitch pada tahun 2002, peminat Disney mula menyebarkan teori bahawa Stitch sedang dipersiapkan untuk menggantikan Mickey Mouse sebagai maskot utama Disney. Ini berkait rapat dengan tamatnya hak cipta versi awal Mickey dari animasi Steamboat Willie (1928), yang secara rasmi telah memasuki public domain pada tahun 2024.
Stitch pula merupakan watak asli yang dimiliki sepenuhnya oleh Disney, tanpa sebarang isu hak cipta. Popularitinya meningkat pesat di kalangan generasi muda menerusi siri televisyen, sekuel filem, serta pelbagai produk niaga.
Namun begitu, tiada pengesahan rasmi daripada pihak Disney berhubung perkara ini. Mickey masih kekal sebagai wajah utama syarikat. Maka, teori ini kekal sebagai spekulasi di kalangan peminat, menarik - namun belum terbukti benar.
Filem aksi hidup Lilo & Stitch kini di pawagam edaran Walt Disney Studios.
