Sekuel The Social Network dalam perancangan

Blitzenius
0
Pro: Aaron Sorkin menulis
Cons: Aaron Sorkin mengarah

Filem The Social Network Part II kini sedang dibangunkan oleh Aaron Sorkin, yang bukan sahaja kembali sebagai penulis skrip tetapi kali ini juga akan mengarah sendiri filem tersebut di bawah naungan Sony Pictures. Tidak lagi berasaskan buku The Accidental Billionaires seperti filem asal pada tahun 2010, sekuel ini akan menggunakan sumber daripada siri artikel penyiasatan The Facebook Files yang diterbitkan oleh The Wall Street Journal. Tumpuannya kali ini ialah kesan sosial dan politik Facebook, termasuk isu kesihatan mental remaja, penyebaran maklumat palsu dan peranan platform tersebut dalam insiden rusuhan Capitol pada 6 Januari 2021.
David Fincher, pengarah filem asal, tidak akan terlibat dalam sekuel ini dan pernah menyatakan idea sambungannya sebagai "can of worms" - sesuatu yang rumit dan sensitif. Nine Inch Nails, rakan kreatif Fincher pula admin tak pasti akan terlibat ke tidak sebagai komposer untuk skor yang pernah memberi kemenangan Oscar untuk filem pertamanya. Macam tak. Setakat ini belum diumumkan sama ada pelakon utama seperti Jesse Eisenberg akan kembali memegang watak Mark Zuckerberg. Walaupun begitu, produksi awal dijangka bermula tidak lama lagi, sekali gus membuka jalan kepada satu plot baru tentang kuasa teknologi dan harga yang dibayar oleh masyarakat moden.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)