Ketika produksi filemnya baru berjalan pun Nolan telah menerima kritikan awal dari penggemar sejarah tentang kostumnya yang dikatakan kelihatan tidak begitu tepat dari sudut sejarah, tetapi ini tidak menjejaskan keterujaan peminat sinema terhadap visi Nolan yang lebih menekankan naratif dan gaya sinematik berbanding ketepatan fakta (kau orang biar betul...., tolong jangan jawab "Nak fakta tengok History Channel!') Dengan barisan pelakon ternama yang lain seperti Tom Holland, Zendaya, Anne Hathaway, Robert Pattinson, Lupita Nyong’o, Charlize Theron, Jon Bernthal, Benny Safdie, dan Mia Goth turut terlibat, The Odyssey dijangka menjadi adaptasi legenda Homer yang bukan sahaja hebat dari segi visual, tetapi juga menyelami emosi dan konfrontasi manusia dalam skala epik.
Poster pertama filem The Odyssey arahan Christopher Nolan
Jun 28, 2025
0
Poster pertama bagi filem terbaru Christopher Nolan, The Odyssey telah didedahkan. Filem ini bakal menampilkan Matt Damon sebagai Odysseus di mana foto produksi awal di set penggambaran menunjukkan beliau lengkap berbaju perisai dan topi perang. Poster ini menandakan perubahan besar dalam kerjaya Nolan dari adiwira, fiskyen sains dan sejarah lewat Perang Dunia ke-2 ke adaptasi epik mitologi Yunani dengan anggaran bajet kira-kira USD250 juta (kira-kira RM1.18 bilion) serta penggunaan teknologi filem IMAX. Filem ini dijadualkan tayang di pawagam bermula 17 Julai 2026.
