Kelmarin telah berlangsungnya tayangan perdana Dan sidang media filem Balas Balik - sebuah filem bergenre whodunit Malaysia arahan Feroz Kader.
Lagi foto sekitar tayangan perdana dan sidang media: https://www.facebook.com/share/p/1FZXVQzLM3/
Balas Balik memulakan tayangannya di pawagam pada 29 Mei 2025. Ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim dan diarahkan oleh Feroz Kader di bawah produksi Shaibha Vision, filem ini mengisahkan Detektif Zul yang menyiasat kematian seorang CEO bernama Datuk Roslan. Sangkaan awal bahawa mangsa meninggal akibat penyakit jantung mula berubah apabila bukti baru muncul, mendedahkan rahsia gelap dan dendam yang terpendam.
Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Tony Eusoff, Marisa Yasmin, Isyariana, Adam Lee, Zarul Husin, Meor Mohd, Razman Mahyuddin, Josiah Lim dan Maisara Sufia, Balas Balik menampilkan lagu tema berjudul Balas oleh Hariz Fayahet, hasil karya Nurzaidi Abd Rahman. Filem ini menggabungkan elemen penyiasatan dan drama yang akan membuat penonton sentiasa berteka-teki sehingga ke penghujungnya.
