Lana Condor turun Malaysia promosi filem Worth The Wait

Blitzenius
0

Selepas menjalani penggambaran filem Worth The Wait di Malaysia dua tahun lalu, Lana Condor (pelakon filem X-Men: Apocalypse, To All The Boys I've Loved Before, siri Deadly Class) akan kembali ke Kuala Lumpur awal Julai ini untuk mempromosikan filem tersebut. Nantikan laporan kami.



Worth the Wait ialah sebuah filem romantik komedi berformat ensemble arahan Tom Shu-Yu Lin (Yen and Ai-Lee, The Garden of Evening Mists) yang berlatarkan Seattle. Filem ini mengikuti empat pasangan Asia-Amerika pada fasa-fasa berbeza dalam hubungan mereka sepanjang setahun.

Pasangan-pasangan tersebut ialah Leah dan Kai (Lana Condor dan Ross Butler) yang bergelut dengan hubungan jarak jauh, Teresa dan Nathan (Karena Lam dan Osric Chau) yang sedang pulih daripada trauma keguguran, Riley dan Blake (Ali Fumiko Whitney dan Ricky He) yang cintanya disekat oleh kawalan ketat Uncle Curtis (Sung Kang), serta Amanda dan Scott (Élodie Yung dan Andrew Koji), bekas kekasih yang kini bekerjasama dalam sebuah projek filem.


Walaupun formatnya mengingatkan kepada Love Actually, filem ini tampil lebih segar dan sensitif tanpa elemen toksik yang sering ada dalam filem seumpamanya. Kisah Leah dan Kai paling menyerlah kerana keserasian pelakon utamanya, yang tetap kuat walaupun banyak adegan hanya melalui video call. Dengan gabungan detik-detik manis dan saat-saat getir, Worth the Wait menawarkan potret cinta yang jujur - adakalanya indah, adakalanya menyakitkan.

Worth The Wait kini boleh ditonton di saluran Tubi.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)