Pengarah filem kelahiran Australia tersebut telah mengesahkan bahawa bukannya setakat satu, tetapi tiga sekuel akan dihasilkan untuk meneruskan kisah dunia ‘post-apocalyptic’ yang terbit empat tahun lalu! MAD MAX: FURY ROAD merupakan antara filem aksi yang terbaik pernah dihasilkan dekad ini setelah memenangi 6 daripada 10 anugerah Oscar yang dipertandingkannya!
Menurut perbualannya dengan portal IndieWire baru-baru ini, dua daripada sekuel tersebut akan memfokuskan kepada watak Max Rockatansky (Tom Hardy), manakala satu lagi adalah mengenai kisah Furiosa (Charlize Theron).
Selain itu, beliau turut mengesahkan bahawa kontroversi dengan Warner Bros. telah menyebabkan projek sekuel ini tergendala bertahun lamanya.
Buat masa ini, beliau sedang berusaha menyiapkan filem terbarunya iaitu Three Thousand Years of Longing lakonan Idris Elba dan Tilda Swinton.
Sumber: IndieWire
